Bahagia???
Apa itu bahagia??
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup masing-masing...Kenapa pulak aku nak cakap pasal bahagia petang yang damai ni....ok...Assalamualaikumwbt....Pagi tadi aku ada kokurikulum...Aku amik koko Institusi Kekeluargaan..So topik kitaorang pagi tadi mengenai,,"Bagaimana Membina Keluarga Bahagia"..Sekarang ini kes perceraian semakin meningkat...Aku malas la nak cari statistik perceraian kat Malaysia ni...Kalau aku jumpa nanti aku bagi link..
Kenapa pulak aku nak cakap benda ni??Aku tak kawen lagi ok...Tapi aku rasa nak cakap jugak,,So aku buat la entry ni..hahahaha..Tak semestinya orang yang dah kawen je boleh cakap pasal benda ni kan...Kes perceraian sekarang ni dah jadi isu masyarakat,,bukan lagi isu peribadi...
Ok,,jadi apa kaitan kebahagiaan dengan kes perceraian??Mestilah ada kaitan kan??KAitan nya disini adalah,,,Kalau bahagia,,tak adalah kes bercerai-berai ni...Jadi,,maknanya bahagia penting dalam sesebuah rumah tangga...Kalau tak bahagia,,hari-hari gaduh la retinya...Sebagai manusia normal,,kita nak kan bahagia ada dalam hidup kita,,Bukan je orang yang dah kawen nak bahagia,,aku yang student ni pun nak bahagia jugak,,Yelah,,kalau tak bahagia macam mana nak study dengan tenang...Ya tak??
So,,semasa kuliah Koko aku pagi tadi,,,aku amik la beberapa isi penting yang aku dapat tentang macam mana nak membina keluarga bahagia....selain tu,,ak rasa boleh jugak di apply kan dalam kehidupan seharian kita..tak kira la,,dah kawen ke solo lg......Pendapat ni pendapat perseorangan..Semua ni Ustazah kitaorang dapat dari FB IKIM...Kalau aku tak silap la...Ni aku share sikit ek...
- Amalkan islam sepenuhnya dalam hidup
- Buat sesuatu kerana ALLAH..maka aturan sesuatu itu pun hendaklah kerana ALLAH..
- Hidup berpandukan syariat dan akidah
- Persefaham dalam perhubungan
- Kejujuran
- Komunikasi yang berkesan
- Jangan lebih perkataan dari suami..(jangan banyak cakap,,cakap bila perlu shj)
- Cari kekuatan apabila ternampak kelemahan seseorang..
Kalau tak bahagia memang serabut la hidup..Lagi aku nak tambah,,,"KEBAHAGIAAN BUKAN UNTUK DICARI,,TETAPI DENGAN BERSYUKUR DAN REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU ADALAH KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR...Meaning,,,walau apa pun yang berlaku,,kita terima dengan seadanya,,jadi tak adalah kita asyik nak risau memikirkan kejadian yang dah berlaku...Kan??Memang la susah nak buat,,tapi percaya lah,,,ALLAH tak pernah hampakan Hambanya,,,,,tetapi,,kita lah yang menghampakan diri kita sendiri....Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah nya...Kalau kita tak dapat sekarang,,,tak dapat kat dunia,,,mungkin ALLAH nak bagi kita kat akhirat kelak....So,,rasanya kita nak dapat kat mana?/DUNIA @ AKHIRAT??Mana yang lebih manis lagi untuk mendapat balasan daripada kekecewaan kita...daripada kesabaran kita??
Maka,,kita sendiri lah yang tentukan apa yang kita mahu dalam hidup kita,,,Adakah kita mahukan kebahagiaan atau kesengsaraan.....
P/s:: kebahagiaan datang tanpa kita sedar dan juga akan berlalu tanpa kita sedar,,,so,,bersyukurlah dengan apa jua yang kita lalui,,,,insyaALLAH tak akan terlepas kebahagiaan itu.....
No comments:
Post a Comment