welcom-welcome

welcome to my poor blog...im new...and this is only for my leisure time.....:)

Joining Me !...

Monday, January 31, 2011

What Happen at Mesir Now...

Assalamualaikum...
.
.

Rasanya ramai yang dah tahu apa yang berlaku kat Mesir sekarang ni kan??Tak kan la tak tahu..Ke korang Tak nak amik tahu..BAgi aku,,sebagai umat islam,,kita perlu peka tentang apa yang berlaku kat sana. Ok saya bagi tau apa yang happen kat sana..Pemberontakan..yeap...Pemberontakan....Rakyat Mesir tak nak lagi berada di bawah pemerintahan yang dianggap zalim....Mesir sekarang ni masih dipimpin oleh Hosni Mubarak...3 dekad jugak la beliau pegang Mesir..

Apa hal pulak mereka nak menberontak??
  • kadar pengganguran semakin meningkat
  • Rasuah semakin berleluasa
  • Kadar kemiskinan pun turut meningkat
  • mungkin pemberontakan kat Tunisai menjadi pencetus semangat dorg untuk bersuara
Actually sangat kesian tengok keadaan mereka kat sana..Mesir sepatutunya tak jadi macam tu.Mesir negara Islam..Tapi mungkin ada yang tak tahu kalau Mesir adalah sekutu bagi As dan juga YAHUD...yeap..YAHUIDI..

Ingat lagi tak masa krisis nak hantar bantuan pergi palestin..Bukan kah Mesir dekat dengan Palestin.Tapi kenapa bantuan tak dapat lalau dari sempadan Mesir-Palestin??Bukan kah Palestin juga negara Islam..Mesir pun sma jugak negara Islam. Sebab musabab dorang tak bagi bantuan lalu kat pintu sempadan tu aku tak tau la sangat..

Aku dengar ceramah dari sorang Ustaz ni,,,taknak la bagi tau nama...History ok..hehehe..Mesir kaya kan,,,rasa nya korang sendiri boleh agak kalau Mesir ni kaya..Kan banyak jutawan2 dari mesir...Kekeyaan Mesir bukan mereke yang uruskan,,sebaliknya negara,, barat.which one??Aku tak ingat..Ketenteraan mesir pun lemah...Dorang guna kepakaran dari luar..Kenapa perlu macam tu??Dorang boleh urus sendiri kewan gan mereka,,boleh jadi satu negara yang kuat kalau mereka gunakan tenaga dorg sendiri untuk pertahanan..Kenapa mesti guna bantuan barat???

Kita sendiri tahu ISRAEL itu siapa??upsss...bukan Israel..tp YAHUDI...Sekarang ni,,dengan pemberontakn yang berlaku,,As nasihat kan agar Hosni mengadakan reformasi dan buat seperti apa yang diminta oleh rakyat nya,,namun seorang menteri Yahudi menasihat kan agar Mesir menggunakan kekuatan tentera Mesir untuk menghalang pemberontakan...Well,,nampak nya Hosni lebih menerima pandangak pihak musuh ISLAM...Beliau sendiri turut mengatakn bahawa beliau sama sekali tidak akan berundur dari takhta peminpin,,,

Lagi satu yang menjadi kebimbangan adalah ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika ini...Dan kedutaan Malaysia masih belum memberi kata putus..Mereka cuma menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak pergi ke kawasan berlaku nya tunjuk perasaan...Semoga pihak kita cepat membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang ada di sana.

Hermmm...aku pun sedih tengok negara ISLAM boleh kucar kacir...Apa pun,,harap rakyat Mesir berjaya dalam misi mereka untuk memaksa Hosni Mubarak berundur dan akan ada seorang pemimpin yang benar-benar Pemimpin muncul di Mesir..Sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk penduduk Mesir demi kesejahteraan dunia ini bersama...Amin Ya RABB......



ni sedikit gambar tentang kebangkitan penduduk Mesir..

Saturday, January 29, 2011

Masalah Saya Yang Susah Nak Tido.....

Assalamualaikum..
.
.
Agak2 aku sorang je ke yang susah nak tido,,,especially tido malam....Mesti la ramai kan..Tak kan la aku sorang je..Contoh terdekat,,kakak aku...Satu ketika dulu,,beliau pun susah nak tido....Sampai pagi,tak tido gak...

Tapi aku ok lagi kot...Dalam 2 3 jam la jugak tunggu mata nih boleh lelap..Ngantok macam mana pun,,,tetap tak boley nak tido.....apa kes....Aku malas la nak bagitau mak bapak aku,,,nanti dorang ajak p berubat..hahahhaa...Tak de la susah pun nak pergi berubat,,or nak tau kenapa susah nak tido,,,juz aku tak nak dorang tau je....hehhehehe...Lama la jugak keadaan macam ni berlaku..tapi kekerapan tu jarang..Adalh masa tertentu susah nak lelepkan mata walaupun tersangat lah mengantuk....
.
.
So aku pun google la kat tenet,,cara nak overcome masalah susah nak tido...And aku dapat beberapa tips ni..Aku tak try lagipun...ekekkekee...meh baca,,aku jot down cket..
  • minum air susu suam(masalah nya aku tak suka minum susu)
  • elak makan banyak sangat waktu malam(ye ke??sb ak kdg2 mkn lewat2)
  • mandi air suam/panas before nak tido coz boleh relaxkan otot....(tade makne nyer ak nak mandi tgh2 malam)
  • elak fikir perkara yang berat2,,cth=masalh dunia..heheheh.
  • kalo yang dah kAwen tu boley la mtk tlg pasangan urutkan badan,,kalo tak kawen lagi korang upah la kawan korg utk urutkan...hehehhehe...sejam singit ke...
  • pastikan tempat tido korang selesa...(selesa la jugak tilam aku nih)
  • kalo maseh tak boleh tido lagi,,korang boleh la pegi baca buku sejarah ke,,baca buku undang-undang tubuh kerajaan ke,,in short,,buku yang membosankan..(umah aku tade buku yg bosan2...)
Itu la serba sedikit yang aku amik dari tenet....tapi macam aku udAH bilang tadi,,,aku tak try lagi semua tu...Tadi nak beli susu,,nak try la minum susu sebelum tido,,nak uji berkesan ke tak...Tapi tak jumpa paket susu yang paling kecik,,,so aku tak beli la...hehehhehee..Takut kalau beli tak habis pulak. KAn aku tak suka minum susu..Lain kali la aku try,,nak amalkan sunnah nabi sebelum tido minum susu...Insya ALLAH..
Kalau cara aku sendiri pulak,,,kalo susah sangat nak lelap,,aku p amik wuduk.....then baca la doa yang patot,,,,tapi tu pun aku masih jugak tak boley terus nak lelap...hehehehee....aku pun tak tau nak buat apa lagi...Nasib baik la aku tak pernah tido waktu kuliah,,walau mengantuk macam mana sekalipun(bukan dua kali ek..hehehe)
.
.ni ha....kawan aku sebelah tu senag je tido.....

Friday, January 28, 2011

Updating!

Assalamualaikum.....
Lama dah tak menulis kat blog,,,,tak tau nk tulis apa...malas nak update....nanti bila blog aku dah cantik baru la rajin nak wat entry kot....Malam ni aku update pun sebab esok CUTI.....Yeaaaaa....CNY....hehhehheee....kwn-kwn semua balik rumah memasing...yela..dorg dok dkt2 je,,ak jauh..so minggu ni aku dan Dayang je la kat rumah...1 minggu cuti ni aku dah prepare dengan muvie untuk ditonton....dannn....assignment yang lecture2 telah sediakan....banyak dowhhh,!!!..tak ada makna nya dorg bagi cuti free...mesti ada je assignment yang kena siapkan...dannnnnn...balik cuti je dah ada kuiz....aisssshhhhhhh......
Malam ni masing-masing gumbira,,,,sebab tak sabar nak balik.....uhuuu...Aku pulak,,lepas ni nak tengok muvie...hahahaaa.....
Ha..ok lah....tade apa lagi nak aku ketuk ketuk aku keyboard nih.......
Lain kali jumpa lagi....

Sunday, January 16, 2011

Season of The Witch

Semalam kiteorang pegi tengok movie...Hajat hati sebrnar nya nak tengok khurafat....Tapi tiket dah sold out...Melepas la nk tgk cite Khurafat.....So beli la tiket untuk Season of The Witch...
Nak pegi tengok movie punya pasal,,dari tengah hari tu,,kitaorg puas cari keta sewa....segala nombor keta sewa yang ada kitaorg call...Last2 dapat jugak setelah habis kawan aku punya kredit untuk call segala nombor keta sewa...Kitaorang naik 2 buah keta,,,Sronok la weyyy...Malam-malam pulak 2 jalan-jalan...Rasa nak buat selalu jer..Tapi masa tak ada la...Student kata kan..As a student,,mmg bizi la kehidupan kan?Mengalah kan orang yang dah kerja tahap ke"busy"an kitaorang as a student...
Nak dijadikan masalah,,keta sewa yang satu lagi 2 punya lah lambat sampai..Janji hantar pukul 9pm,,tapi pukul 10pm baru dapat.....Tu la pasal kitaorg melepas nak tengok cita Khurafat...Mana tak nya gerak pukul 10 lebey..lambat la sampai kat lokasi....aisssshhh...Aku baru je nak layan thrill tengok cita hantu....
Ok,,,lagi cerita yang tak best berlaku.....Movie start pkl 1140..masuk je panggung,,movie dah start!Apa barang nih!Orang semua baru nak masuk movie dah main...Apakah begitu....Tak lama lepas tu,,tiba-tiba la orang2 yang incharge panggung  tu restart balik movie dari mula..Apa punya management la dorang...Tau penonton baru nak masuk,,jangan la start movie dulu...
Ok!Start dari mula....then,,,then,,then,,,movie tetiba jer stuck,,rosak,,takde gambar etc.......Eyyyyyy!!Bikin panas betul la..Baru nak layan movie dah heng pulak...Apa lagi,,,kena boo la org2 yg incharge panggung tu...
Then dorang cakap,,kalau nk tunggu,,tunggu je..tapi kalo nak refund balik tiket boley jugak....Mula-mula kitaorng ingat nak refund gak,,,tapi memandangkan hajat memang nak tengok movie,,so tunggu je la...5 minit lebey pas2 baru la ok.......so,,habis.....Apa yang habis??Kitaorg tgk movie sampai habis la...
Ni aku nak komen sikit pasal movie tu...
Overall ok la movie ni..ak bagi 4 bintang...walau pun bagi aku cita dia takde la WOW sangat,,tapi jalan cerita dia tak dapat nak d"predict...Selalu kan kita dapat jangka apa yang akan berlaku..tapi citer ni,,kita memang tak dapat nak agak...siapakah yang sebebar nya adalh ahli sihir...atau adakah betul ahli sihir itu wujud....Kat situ la bagi aku cerita ni menarik...Ni aku bagi link untuk sinopsis cita nih...kalo kat barat citer nih dah lama kuar.. ....http://www.shocktillyoudrop.com/news/topnews.php?id=12430
So lepas habis tengok citer nih,,puluk 2 pagi,,kitaorg pn g la lepax kat MCd,,dr pkl brp nth,,,smp pkl 4...430am baru la balik umah......
P/s::hehheee..tak selalu pun pegi tengok movie...bila ada masa n ada geng ajk..

Saturday, January 15, 2011

Bahagia

Bahagia???
Apa itu bahagia??
Semua orang inginkan kebahagiaan dalam hidup masing-masing...Kenapa pulak aku nak cakap pasal bahagia petang yang damai ni....ok...Assalamualaikumwbt....Pagi tadi aku ada kokurikulum...Aku amik koko Institusi Kekeluargaan..So topik kitaorang pagi tadi mengenai,,"Bagaimana Membina Keluarga Bahagia"..Sekarang ini kes perceraian semakin meningkat...Aku malas la nak cari statistik perceraian kat Malaysia ni...Kalau aku jumpa nanti aku bagi link..
Kenapa pulak aku nak cakap benda ni??Aku tak kawen lagi ok...Tapi aku rasa nak cakap jugak,,So aku buat la entry ni..hahahaha..Tak semestinya orang yang dah kawen je boleh cakap pasal benda ni kan...Kes perceraian sekarang ni dah jadi isu masyarakat,,bukan lagi isu peribadi...
Ok,,jadi apa kaitan kebahagiaan  dengan kes perceraian??Mestilah ada kaitan kan??KAitan nya disini adalah,,,Kalau bahagia,,tak adalah kes bercerai-berai ni...Jadi,,maknanya bahagia penting dalam sesebuah rumah tangga...Kalau tak bahagia,,hari-hari gaduh la retinya...Sebagai manusia normal,,kita nak kan bahagia ada dalam hidup kita,,Bukan je orang yang dah kawen nak bahagia,,aku yang student ni pun nak bahagia jugak,,Yelah,,kalau tak bahagia macam mana nak study dengan tenang...Ya tak??
So,,semasa kuliah Koko aku pagi tadi,,,aku amik la beberapa isi penting yang aku dapat tentang macam mana nak membina keluarga bahagia....selain tu,,ak rasa boleh jugak di apply kan dalam kehidupan seharian kita..tak kira la,,dah kawen ke solo lg......Pendapat ni pendapat perseorangan..Semua ni Ustazah kitaorang dapat dari FB IKIM...Kalau aku tak silap la...Ni aku share sikit ek...
  •  Amalkan islam sepenuhnya dalam hidup
  • Buat sesuatu kerana ALLAH..maka aturan sesuatu itu pun hendaklah kerana ALLAH..
  • Hidup berpandukan syariat dan akidah
  • Persefaham dalam perhubungan
  • Kejujuran
  • Komunikasi yang berkesan
  • Jangan lebih perkataan dari suami..(jangan banyak cakap,,cakap bila perlu shj)
  • Cari kekuatan apabila ternampak kelemahan seseorang..
Ini lah beberapa amalan la kot yang kita boley buat utk mencari sedikit kebahagiaan...Kebahagiaan itu milik ALLAH sepenuhnya..Jadi terpulang lah pada ALLAH,,sama ada nak bagi kita bahagia atau tak..Kalau tak Bahagia,,tanya pada diri sendiri,,dimana silap nya kita hinggakan ALLAH pinggirkan kita...Dan jangan lah kita sesekali salah kan ALLAH bila kita tidak dapat mencicip kebahagiaan itu....
Kalau tak bahagia memang serabut la hidup..Lagi aku nak tambah,,,"KEBAHAGIAAN BUKAN UNTUK DICARI,,TETAPI DENGAN BERSYUKUR DAN REDHA DENGAN APA YANG BERLAKU ADALAH KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR...Meaning,,,walau apa pun yang berlaku,,kita terima dengan seadanya,,jadi tak adalah kita asyik nak risau memikirkan kejadian yang dah berlaku...Kan??Memang la susah nak buat,,tapi percaya lah,,,ALLAH tak pernah hampakan Hambanya,,,,,tetapi,,kita lah yang menghampakan diri kita sendiri....Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmah nya...Kalau kita tak dapat sekarang,,,tak dapat kat dunia,,,mungkin  ALLAH nak bagi kita kat akhirat kelak....So,,rasanya kita nak dapat kat mana?/DUNIA @ AKHIRAT??Mana yang lebih manis lagi untuk mendapat balasan daripada kekecewaan kita...daripada kesabaran kita??
Maka,,kita sendiri lah yang tentukan apa yang kita mahu dalam hidup kita,,,Adakah kita mahukan kebahagiaan atau kesengsaraan.....

P/s:: kebahagiaan datang tanpa kita sedar dan juga akan berlalu tanpa kita sedar,,,so,,bersyukurlah dengan apa jua yang kita lalui,,,,insyaALLAH tak akan terlepas kebahagiaan itu.....

Wednesday, January 12, 2011

CLUBBING-CLUBBING!!!!

ussssh!!??Apa??clubbing??asal pulak muncul perkataan ini??what going on here???ahaaaaa........
Ni semua rumah sewa kitaorg punya pasal...apasl pulak lampu dia,,sebijik mcm lampu kat club...cuma xdak warna wani je...kalo tak,,mmg havoc la....boley la kteorg buat business...cari duit lebih kan..maklum la,,,student..Perlu banyak duit...hehehhehehe.....
Masalah apa pun kteorg tak tahu....sbb kawan aku guna laptop Compaq ke??Uhuuuu,.,,kesian dia,,,,dia ingat sbb laptop dia...yelah..Bila on je suis,,,mula la lampu rumah tukar mode club.....Aduiyaiiiii...Macam-macam hal pulak la rumah sewa ni...Lepas satu,,dua,,lepas dua tiga and so on......macam-macam la masalah yang timbul.....Haisyh..Jadi hal pulak nak maklumkan kat tuan rumah......Susah pulak tuan rumah ni,,,,Banyak hal yang berlaku...Kitaorang sewa pun baru je,,,dah macam-macam masalah....Maaf ye Tuan Rumah...Bukan kitaorang yang buat hal...Dah nak terjadi kan..ahhahahahahaaa....
So malam ni terpaksa la kitaorang semua lepak dalam bilik je....aaaaaaa....gara-gara kipas bahagian bawah tak boleh nak on lagi...no,,,no,,,no,,,,,,it could not be happen...
Hah!!!ni ada lagi ni..tengah ber"clubbing" lagi lampu rumah ni...aduiyaaiiiiiii....tak tenteram la nak buat keja.....Kalau lampu je mati tak apa la sangat,,,,ni??kipas pun mati jugak..Kitaorang tak guna letrik banyak pun!!!!!!!!nak lip lap jugak  lampu ni.....TENSI2.....
Mode Clubbing On!!!!!!!!!!!!!!!!!!JUm......

Sunday, January 9, 2011

Datang dan Pergi...

okeh...ptg ni nak tulis pasal datang dan pergi...
Contoh nya....Pertama,,kawan..ye kawan..kawan datang dan pergi...ada yang datang tak di undang..ada yang memang dicari....ada ada kawan yang memang setia ke akhir hayat kita..ada jugak yang pergi bila rasa nk pergi..bila rasa kita tak best nak dibuat kawan..maka mereka pun pergi lah....Tak ramai yang akan dapat jumpa kawan yang betul-betul boleh get along whatever happen..yelah kan ,macam orang dulu-dulu kata,,kawan menangis susa nak cari....tapi kawan time suka ria sangat mudah didapati...bila kita senang ramai yang approach...bila susah,,,walau kita tak mintak tolong pn mereka dah awal-awal cabut.....banyak macam tu...kawan datang dan pergi....
Lagi contoh datang dan pergi...DUIT!!!!agagagaggagagagagagagaaa!!!aku memang ada masalah kewangan skrg nih...tak pernah lagi selama ni aku rasa kesempitan wang yang teramat sangat.....ahhaaaa.......kenapa pulak aku kata duit datang dan pergi???Yelah....duit aku datang nya dari parents aku....pastuh!!in a blink of eye HABIS dah duit..pergi sesuka hati je ko ye DUIT....ak memang tengah kegawatan ekonomi skrg ni.....uwaawaaaaa...buku tak hbs beli lagi....duit dalam bank dah nazak.........lama lagi nk ujung bulan ni....lama lagi la mak nak bank-in kan duit untuk aku....agagagaggagagagaaa.......begitu lah duit....datang dan pergi....uhuuuuuuu.....
Kesimpulan nya sekarang aku tengah kegawatan kawan dan duit..kawan tu tak ada lh sangat...biasa aja....tapi duit tu mmg la......rabak dah poket...........

Friday, January 7, 2011

Terponteng Class......

hahahhahaaaa...cam ne lak boleh ter"ponteng class nih....uhuuuu.....4 orang kawan merancang dan telah setuju untuk tidak pergi ke kelas BEL....Reading and Critical Thinking..mmg tak nak pegi la....sebab konkrit tak nak pergi kelas Bel sbb tak tahu tempat kat mana.....pada hal,,kat jadual manual ada ditunjukkan tempat kelas..tp..bila cek online,,tak ada pulak...huhuuuuu....macam mana tu....
Dengan  senang hati nya aku tido lambat la pagi tadi...semangat la sangat tak nak pergi class.....dan dengan senang atinya,,aku bangun lambat......alih-alih pas tu..kawan aku cakap..lecture Bel kteorg ada masuk class....arghhhhhhh.....kantoi2....mati la.......harap-harap minggu depan tak adalh dia pergi tanya kenapa ramai yang tak datang class dia....uhuuu....dah la dia ajar subjek yang agak killer....Reading and Critical Thinking kot...mau nye masuk ICU..punya la Bahasa Inggeris aku terok....
Apa pun..nasib baik ramai budak kelas tak datang jugak...mmg terBAIK la korang sume beb!!hahahhaha....mmg bagooos la....minnggu depan sama-sama la kita kena dengan puan yang ajar BEL 2...
Pasni aku tanak lagi la ponteng class...hahahahaa..biasa lah..1st week kuliah.....takpe2.....petang karang ada class Mandarin...cakap cina pulak aku pasni..hahahahhaahhaaa....Cant wait to learn speak Chinese....

HoneyMoon 4 bulan....

Lepas la kot Aku.hermmmm...au haram tak faham artikel ni....siap dah translet lagi dh..tapi tak faham jugak....ayat yang dorang guna super sangat kot...ni sebenar nya cuti 4 bulan tu mula tahun 2013 ke apa??tapi ayat yang dia kata"berdasarkan kalendar akademik yang baru ini nanti,,,tarikh pendaftaran akan diforwardkan 2 minggu setiap tahun sehinggat 2013/2014?? Meaning ayat ni apa??baik punya aku dah translet dalam bm..masih jugak aku tak faham...
Pada pendapat aku yang masih lagi belajar ni...tambahan pula..aku tak dapat duduk di kolej..adalah menjadi satu masalah besar jika cuti semester dipanjangkan selama 4 bulan...aduiiyaiiii..sedangkan cuti 1 bulan lebi tu pun dah boring gaban,,ni kan pula cuti 4 bulsn....masalah nya disini,,,sebagai seorang student yang duduk di rumah sewa yang terpaksa membayar sewa walaupun time cuti sdalah satu beban yang sangat besar....nama pun student kan..mana ada income...outcome adlh..money flow out...rugi la kalau terpaksa bayar sewa time cuti pjg2 tu.....
lagi satu...tak pasal2 masa pengajian aku semakin panjang.....baik-baik habis 2012,,,myb akan lambat lagi..tak nak la weyyyy..membazir masa aku la kan....

banyak lagi la kot masalh yang aku rasa....bila dah cuti lama,,dah tak ada PERASAAN lagi nak stdy..nak pupuk balik mood stdy payah beb....otak pun dah tepu......macam mana nak maju kalau macam ni...
Aku berhARAP SANGAT....yang perlaksanaan kalendar baru akademik ni tak ganggu aku punya study..tanak la weyyy....kalo dilaksanakan selepas aku habis study tak apa la jugak kan??ahahahhahaha....

Wednesday, January 5, 2011

Gud Day vs Bad Day

Salam......sejahtera untuk semua.....Gud day2...bad day2.....ahahaha...tahun ni nak jadik lebih baik...insya ALLAH....hari2 pn nk jadik lebey baik sbnrnya...so usaha la terbaik untuk jadik org yang baik.........
Kuliah dah mula dah....assignment pon dah ada!!!!(submit 31 Jan)...ouchhh.....org nak cuti tyme 2.....apaapahal pun kna buat gak.....
Permulaan semester yang agak kritikal.....nak cari bilik kuliah pun kritis...camne pulak nak stdy...lagi la kritis kot...Bukan permulaan kuliah jer kritis...Permulaan idop pun kritis gak..ade jer masalah..yela...dah kita manusia...tak kan lari dari masalah la kn..
Apa pn,,aku tak akan down dek kerana masalah yang bertimbun...ALLAH ada untuk meminta....redha dan jalani seikhlasnya apa yang berlaku.pasti ada hikmah di sebalik nya........owhhhh...i like diz quote